KATA2 HIKMAT..
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuatkan orang yang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan
Sesungguhnya..dengan hanya sekuntum senyuman mampu menyembunyikan seribu kedukaan..senyumlah demi mengembirakan hati orang lain
Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.
Inginkan mutiara selamilah lautan.. Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan.. Inginkan kejayaan relailah pengorbanan.. Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan...
PEREMPUAN yang ASLI ialah seorang gadis yang diibaratkan sebagai permata nilam yang sukar ditemui katika ini,walau diselam ke dasar lautan,walau terbang ke pelosok awan,namun hasilnya akan memberikan gambaran bahawa nilai permata itu sukar ditemui..
Tidak dicipta dari tapak kaki untuk dijadikan alas, tidak juga dari kepala untuk disanjung, tetapi dari rusuk kiri, dekat dengan tangan untuk dilindungi, hampir dengan hati untuk disayangi itulah perempuan...
Seseorang yang merasa rindu... Seseorang yang merasa rindu akan sesuatu akan merasa bahagia apabila sesuatu itu belum ada ditangan.Tetapi apabila telah berada ditangan maka hilanglah kerinduan. Kenapa? Indahnya didunia ini apabila sesuatu itu belum ada ditangan.Insyaallah..aku akan berusaha untuk mengubah persepsi ini..
Jangan bermimpi andai kau gentar merealisasi.. Jangan mengharap andai kau takut kecewa.. Jangan mengejar orang yg berlari andai kau hanya mampu berdiri Dan.. Jangan hanya menuding jari tanpa kau cuba untuk mengerti..
Bila Bercinta Kerana ALLAH, Berpisahnya Tak Gelisah, Bila Rindu Kerana Yang SATU, Bertemu Pasti Tak Jemu,Bila Bercinta Kerana Nafsu, Berpisahnya Tak Menentu, Hidup Pasti Jemu.....
Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri.Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya,kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri...
Jika HATI sejernih air..jangan biar ia KERUH..jika hati seputih AWAN..jangan biar ia MENDUNG..jika hati seindah BULAN..hiasilah ia dengan IMAN..
Secebis KASIH membuatkan kita SAYANG..seucap JANJI membuat kita percaya..sekecil LUKA membuat kita KECEWA..tetapi..sebuah PERSAHABTAN selamanya BERMAKNA..
Hidup ini penuh dengan variasi... Kadangkala kita perlu berani... Ada masa perlu mendiamkan diri... Mengalah bukan bererti tiada visi... Tetapi kumpul agenda menjana misi...
Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita...
Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu.. Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.. Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal.. Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut..
Setiap orang telah dianugerahkan oleh Allah dengan hati yang bersih. Namun setiap orang juga akan diracuni oleh syaitan dengan benda-benda maksiat.Bagaimankah kita hendak mencegah benda ini dari berlaku? Sebenarnya ia terletak dalam diri kita sendiri...
kasih sayang sesuatu yg abstrak.. terlalu sukar untuk ditafsirkan.. kasih sayang pendorong sebuah kehidupan.. kasih sayang membuatkan manusia bersemangat untuk hidup.. namun kerana kasih juga.. manusia akan tersungkur.. jatuh ke lembah hina.. andainya kasih tanpa dibajai nur keimanan.. andai tersasar dari landasan.. carilah kasih sejati dalam hubungan yang diredhai..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment